Friday, December 4, 2009

perkembangan diri ku..ewahhh..

tajuk mcm hapa tah kan..tapi just sebagai kenangan di masa hadapan.


semalam kan aku ada app. check up kat kkia, so ini hasilnya..berat badan adalah statik 66.5 kg(sgt berat kan). berat badan ni tak berubah pun. sama seperti pass check up. nurse pun nasihatkan aku supaya makan dgn lebih banyak. tapi aku cakap kat dia, aku dah cukup banyak makan. sampai amirr pun naik gerun tgk aku makan. bayangkanlah, balik daripada kuar makan, aku leh gadoh lapar lagi!sampai mak aku pun bising mana semua makanan tu pergi kalau berat tak berubah!nurse cakap lagi kalau boleh sehari aku kena makan 5 cawan nasi/karbohidrat setiap hari.

perkembangan seterusnya adalah, kepala baby dah berada di kedudukan ke bawah dah, alhamdulillah, harapnya berterusanlah sehingga saat dia akan dilahirkan nanti. dan nurse cakap adalah normal kalau aku rasa sakit2 kat bahagian bawah time ni.dia nasihatkan aku, time duduk atau bangun kena perlahan2.

barang2 baby dan mama pun kena standby..bila dia ckp mcm tu, adoi..berdebar2 pulak..tapi ada masanya teruja sgt nak jumpa baby yg selalu bersilat dalam perut ni..hihi..

seterusnya mengenai ujian darah dan degupan jantung baby. kkia ni ada bangunan baru yg fungsinya adalah berbeza dgn bangunan lama. mula2 sampai, aku adalah org yg pertama sekali..mengah berjalan drp tempat parking ke bangunan pendaftaran (bangunan baru)tak hilang, trus g buat ujian air kencing ngn amik darah.

pastu pulak bergerak ke bangunan lama dalam 30 langkah utk pemeriksaan. dah namanya org pertama kan, tak sempat tarik napas, dah nama kena panggil tuk check tekanan darah ngn degupan jantung baby. so hasilnya adalah tidak cantik bagi kedua2 pemeriksaan. nurse yg check tu suh aku relax2, aku cakap maybe sebab penat berjalan tak hilang lagi..ok pastu take 5, then dia check lagi, barulah ok.ha, kan betul aku cakap!

sepanjang pregnant ni, aku malas bermake up..(mcmlah sebelum ni make up sgt muka tuh!!!)..haha, nak pakai lipstik pun malas..so jgn ditanya nape muka aku pucat..mcmlah ada org nak tanya..hua hua hua..

Thursday, December 3, 2009

check up 34 weeks

salam, alhamdulillah..ari ni aku ada check up kat kkia batu satu. kul 2 ptg..berdebar gak..sebab last check up ari tu kena minum air gula..sgt tidak best dan memualkan..

harap2, pemeriksaan kali ni berjalan lancar dan tidak ada sebarang masalah..ermm rasa ngantuk plak, tido dululah..hihi

Thursday, November 26, 2009

selamat hari raya aidiladha

selamat menyambut hari raya aidiladha buat semua umat islam di seluruh dunia..

raya haji ni aku nak melantak puas2..nanti takut masa pantang dok teringat2..bukan baby yg dok meleleh air liur..maknya pulak yg lebih2...

jalan dah start jammed dari semalam. org dah berduyun2 nak balik ke lipis, raub ngn kelantan.haih aku nak g umah mak pak aku pun punyalah seksa. tapi yelah bukan aku sorang nak beraya ngn family kannnnn..pada yg balik kampung tu..berhati2lah..jgn buat jalan tu mcm bapak korang yg punya, fikir2kan lah pengguna jalan raya yg lain sama. semoga selamat sampai ke destinasi masing2 ya..

Tuesday, November 24, 2009

family..

pic2 ni masa hari raya puasa ari tu..dah basi..alang2 dah ada upload ajelah..gambar2 ni diambil sekitar umah family aku ngn mentua..










Saturday, November 21, 2009

cuti sekolah..cuti ker?

hari ini bermulanya cuti sekolah bagi penggal terakhir tahun ini. banyak peristiwa sama ada suka duka yang berlaku sepanjang sesi persekolahan bagi tahun ini. tidak kurang juga yang panassss..

permulaan tahun persekolahan dimulakan dengan keadaan yg ribut2, kecoh2, panas2 dan kontroversi. tapi walaupun semasa menghadapinya terasa masa begitu lambat berlalu, tup tup kini dah tamat pun. walaupun cuti sekolahnya sebulan, jgn diingat cikgu2 pun melompat2 selama sebulan. yg cuti hanya budak2 aja. cikgu2 kena setelkan mana2 kerja yg tertangguh utk tahun ini, dan membuat persiapan utk sesi persekolahan thn depan. mmg cuti, tapi bagi cikgu2 tiada istilah cuti sebulan.

terpulanglah sama ada cikgu2 tersebut nak setelkan kerja di awal cuti, kemudian baru berehat, ataupun berehat dulu kemudian nak bukak sekolah nanti baru setelkan kerja. yang penting ianya beresss.

macam aku, bukak sekolah nanti mungkin aku sempat bekerja selama seminggu, then bersalin dan cuti selama 2 bulan. jadi sebelum cuti bersalin, aku kena setelkan mana2 kerja yang patut, supaya cikgu2 yg kena take over tugas2 aku nanti buat sementara tak terasa terbeban. dan akan memudahkan org yang jadi cikgu ganti nanti.

tahun ni bagi aku mcm ada kelainan. setiap panitia diberi satu borang di mana ketua panitia atau cikgu2 sendiri akan membuat pilihan nak mengajar tahun apa bagi tahun hadapan. tapi keputusan akhirnya tetap di tangan pentadbir. jadi, aku pun mencuba nasib dgn meletakkan nama aku mengajar bm utk tahun 4 dan 5 bagi tahun hadapan. dan sbg kp kt pula aku dgn sesuka hati meletakkan nama aku di tahun 4 dan 5 jugak.jadi cukuplah 30 masa.insyaallah.

masa penyelaras tahun 6 tanya, sapa yg boleh lagi mengajar tahun 6 bm tahun depan menggantikan aku?huihhh ramai. semua cikgu2 sekolah aku cikgu berpengalaman. so aku suggestkan nama, beberapa org cikgu lelaki. kalau org ni tolak, org ni boleh ambik. pulak tu ada yg memang degree holder pengajian melayu. cuma tak diberi peluang aja.dibandingkan dgn aku yg memang baru setahun jagung ni malu plak rasanya. aku rasa banyak lagi yg aku perlu belajar.

namun, aku tetap rasa bersyukur kerana diberi peluang selama 2 tahun mengajar tahun 6.walaupun menunjukkan kemerosotan pencapaian bm kat sekolah aku, tapi rasa bangga tetap ada apabila 30/35 org murid kelas aku mendapat A utk subjek yg aku ajar.

diharap, tahun hadapan bermula dgn semangat yg baru!!!ewahhh..

Friday, November 20, 2009

8 bulan


alhamdulillah, kini usia kandungan ku sudah mencecah 8 bulan. baby semakin aktif terutamanya time mamanya duk dendiam ataupun time baring2. senget benget perut sampai membuatkan laki ku kagum. maklumlah menyaksikan sesuatu yg baru.

perasaan aku?teruja ofkos namun tak dapat lari dari perasaan gusar dan takut. namun aku selalu mengatakan pada diriku sendiri. setiap org yg menjadi ibu melaluinya. kalau mereka boleh, aku pun boleh!

penglaman pregnant?kalau boleh aku nak ceritakan drp awal saat aku dapat tahu aku berbadan dua. namun, aku bimbang andainya disalah erti, akan dianggap menunjuk2 bila dah ada. tapi niatku cumalah sekadar ingin berkongsi sesuatu yg boleh memberi semangat kepada insan2 yang masih menanti seperti diri ku dahulu. nanti2lah, kalau aku sudah bersedia, akan ku ceritakan..buat masa sekarang, aku perlu relaks dan membuat persiapan seperti yang disarankan oleh org sekeliling ku.insyaallah..doakan aku.

Thursday, November 19, 2009

keputusan UPSR!

segala2nya sudah terjadi, berlaku dan tidak boleh diulang kembali.

hari ini keputusan UPSR telah diumumkan. secara jujurnya aku dan rakan2 seangkatan agak frust.tahun ini keputusan merosot setelah beberapa tahun menunjukkan peningkatan sedikit demi sedikit. bukan sahaja dari segi peratus lulus, malah bilangan 5A juga turut merosot.

terlalu banyak air mata yang aku lihat pada hari ini. air mata murid-murid, air mata pendidik dan air mata ibu bapa. ada air mata kegembiraan dan sebaliknya. bagi air mata sebaliknya atau dalam maksud yang lain air mata kekesalan, tiada apa yang boleh kita lakukan.keluar air mata darah sekalipun takkan merubah keputusan yang sudah tertulis. jadikan ianya satu pengajaran utk terus berusaha pada masa hadapan. tebus kembali kekecewaan anda!

ramai pelajar yang menangis kerana keputusan tidak seperti diharapkan. tapi dari pemerhatian aku tadi ada sekelompok murid yang menangis bagaikan histeria apabila mendapat keputusan mereka. aku turut jadi sebak. tapi...merekalah insan-insan yang ...entahlah malas nak cakap di sini. diharap, keputusan ini menjadi pengajaran..pengajaran dan pengajaran bagi mereka.

aku selalu berpesan dan mengingatkan mereka.."tak payah nak tunggu keputusan rasmi keluar. kita sendiri sepatutnya boleh agak dan jangka apa keputusan yang diperoleh berdasarkan usaha kita. kalau bersungguh-sungguh, maka cemerlanglah hasilnya..kalau main-main maka teruklah hasilnya."

dan selalunya nasihat itu bagaikan di angin lalu..sedih..sedih..tapi apa boleh buat..nasi sudah menjadi bubur. perjalanan anda semua masih lagi jauh. jgn berputus asa..

Sunday, November 15, 2009

jangan pandang orang sebelah mata!

baru2 ni aku ada add request seorang mamat yg aku kenalinya sebagai pen pall di zaman persekolahan. mamat ni dari utara semenanjung. kami dikenalkan oleh rakan aku yg bertukar sekolah ke sana.

itu pengenalannya..dia sering menulis surat kepada aku. biasalah zaman2 remaja dan org menulis, aku membalasnya. isi surat kami pula sering berkisarkan hal2 sekolah, pelajaran maklumlah time tu nak SPM dan ada jugakla terselit kisah2 peribadi masing2. namun satu aja sikapnya yang aku kurang senangi ialah cakap besar atau berlagak atau menunjuk2 atau menganggap dirinya terlalu hebat dan sama la perkataan yg sewaktu dengannya..contohnya, dia mengatakan bahawa subjek SPM yang diambilnya tersangatlah tough berbanding apa lah sangat subjek prinsip akaun yang aku ambil..tapi takpelah pilihan masing2..

utusan surat kami ni bersambung bila aku masuk matrik dan dia belajar kat kolej apa tah kat melaka..nak jadi pilot katanya..namun seperti biasa, isi kandungan suratnya yg bagi aku time tu semakin lama semakin up..up and away la..aku pun lama2 jadi boring nak melayannya..so, aku stop membalas surat2nya.

sehinggalah dua, tiga hari pas aku add request as friend dari dia..mula2 tak perasan, lama2 aku ingat balik..owh mamat ni.dan semalam, iaitu pagi sabtu dia msg aku tru FB..mula2 ok la isi kandungan yg diborakkan sampailah masuk isu aku pregnant

him: owh tak lama lagi nak dapat baby la ye..
me:hmm..insyaallah, alhamdulillah
him:dah berapa tahun kawen?
me:bulan 1 thn depan genaplah 3 tahun.
him:owh lama tu baru ada baby
me:awak pulak dah ada baby ke?
him:belum lagi
me:dah baper tahun kawen?
him:dah 4 tahun. tapi kami 2-2 doc cakap normal, so tunggu ajelah.
(abis tu ko tau sgt ke aku laki bini normal ke tak?)

pastu masuk isu kerja pulak..
him:keje apa skg ni?
me:cikgu kat sekolah rendah. awak keje kat mana?
him: mas
me: pilot ke
him:tak. saya engineer
me:owh
him:hsuband kerja apa?
me:cikgu jugak kat sekolah rendah di sini.
him:ajar subjek apa?
me:matematik
him:kalau saya ajar maths, tak payah study pun takpe.ajar sambil pejam mata je!

perlukah kau bercakap begitu sekali wahai insan..maknanya, keje2 mengajar ni bagi ko satu perkerjaan yg entenglah ye..mari kita bertukar kasut sekarang..aku nak tengok, mesti ko cepat2 isi borang resign mtk tukar keje lain..ceh jgn pandang org sebelah mata ye..kau tau tak betapa ramainya cikgu2 skolah rendah kini yg memiliki master, apatah lagi sekolah menengah!!!dan sila bukak silibus sekolah rendah sekarang mesti kau akan cakap.."eh, ini aku belajar masa nak amik PMR/SPM dulu.budak sekarang dah ambik dah!"

please..jangan pandang orang sebelah mata melainkan ko buta!dan aku telah mendeletekan namanya dr FB aku..terima kasih!

Wednesday, November 11, 2009

air gula dan perkembangan

air gula adalah tidak sedap..mula2 seteguk ok lagi..bila dah berteguk2, mcm tak lepas kat saluran esofagus aku!

aku kena minum air gula sebab dalam masa sebulan aku naik sampai 2.5 kg..so nurse pun cakap.."nanti minum air gula ya"

ok sekarang ni aku dah masuk 31 minggu..apa perubahan yg berlaku..
1. perut ofkos big2
2. mudah penat dan mengah
3. cepat lapar terasa macam kebulur afrika
4. baju semua dah ketat metat
5. pedih ulu hati
6. mudah terjaga dari tidur
7. tendangan2 semakin kuat
8. perut jadi senget benget bila baby bergerak2
9. malas(memasak, g kerja, dan serba serbi)

buat masa ini itu saja aku teringat..lain kali hapdet lagi ye...

p/s: malas nak update!

Wednesday, October 21, 2009

terima kasih kak remy...

sepanjang raya, aku tak jumpa lagi kat umah org yg buat masak lontong..tiap kali g hidangan wajibnya ofkos la lemang, ketupat, nasi impit, kuah kacang, rendang..tapi hidangan sampingannya balik2 laksa, soto, mi kari..punyalah aku teringinnnnn sgt nak mkn lontong..ingat nak masak sendiri, tapi aku dilarang berdiri lelama kat depan dapur oleh amirr..lebih2 lagi lontong bukanlah hidangan faberet dia..

akan tetapi, pagi tadi...wah tetiba member satu sekolah a.k.a kak remy telah membawa lontong hasil air tangan beliau ke sekolah..maka lepas la hajat aku nak mkn lontong...syukur sgt..terima kasih kak remy..siap sambal telur puyuh lagi..dan ada satu kejadian menarik, tiap kali aku membongkok nak menyuap aje, baby menendang dgn kuat..one of ckg laki skolah aku cakap, tu maknanya anak aku mmg suka la makan lontong nanti..ahaksss..memacam la..